Selasa, 19 November 2013
Artis komedi LELAKI paling popular
Persahabatan Sejati Jep & Shuib
Shuib Sangat Sabar Dengan Karenah Saya - Jep Sepahtu
(Petikan artikel dari KOSMO!)
BERHASIL menumpaskan nama-nama besar pelawak lain sehingga dinobatkan sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya, minggu lalu memberikan kenangan tersendiri buat pelawak Jep Sepahtu. Jep atau nama sebenarnya, Mohd. Nadzri Zainal Abidin berkata, ia merupakan anugerah pertama yang diraihnya secara solo sepanjang bergelar artis.
Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya bersama Jep.
Kosmo: Ini merupakan kali pertama anda merangkul sebuah anugerah yang besar. Boleh ulas tentang kejayaan ini?
JEP: Sudah tentu ia satu kejutan kepada saya, apatah lagi ia kategori popular sementelah pemilihan dibuat menerusi undian peminat. Saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini meskipun terpaksa bersaing dengan calon-calon yang tidak kurang hebatnya seperti Datuk AC Mizal, Johan, Zizan dan Yus Jambu.
Adakah kejayaan tersebut memberi tekanan kepada anda selepas ini?
Bagi saya, sama ada menang anugerah atau tidak, tekanan yang dilalui itu sama sahaja. Orang ramai melihat kerja menjadi pelawak ini senang, tetapi hakikatnya bukan mudah untuk buat orang ketawa. Bagaimanapun, saya beruntung kerana mendapat rakan gandingan iaitu Shuib dalam kumpulan lawak Sepahtu. Rasanya tanpa kehadiran dia, mungkin saya tidak berada dalam landasan sekarang.
Setelah kumpulan Sepah berpecah, anda dan Shuib telah menubuhkan Sepahtu. Apakah perkembangan Sepahtu sejak ia diwujudkan pada tahun 2011?
Secara jujurnya, saya mengakui saya seorang yang sangat cerewet. Kalau ada sesuatu yang tidak kena saya akan berterus-terang sahaja, tetapi cerewet saya itu bersebab. Sebagai contohnya, kalau kami berbincang mengenai jenis persembahan yang akan ditampilkan kepada penonton, saya akan tolak idea yang diberikan Shuib kalau saya rasa ia tidak sesuai. Namun begitu, saya bukanlah menolaknya sesuka hati sahaja, tetapi saya akan sertakan sekali dengan sebabnya. Saya rasa sikap cerewet itu perlu untuk kebaikan bersama.
LAME PUNYA CERITA!!! (y)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan